
Sulit
4 tahun
Tekak dan Hidung kering dan perit
Terhidu stain remover dan selepas beberapa hari tekak terasa perit dan hidung kering, adakah kesan jangka lama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah sakit tekak dan hidung kering mungkin berkait dengan kejadian terhidu stain remover seperi yang dikatakan. Bahan pembersih kotoran mengandungi bahan kimia yang bahaya sekiranya termasuk dalam badan manusia. Namun, ia juga boleh menyebabkan alahan pada ruangan hidung dan mulut sehingga menyebabkan keradangan dan bengkak pada bahagian tersebut. Selalunya, gejala ini mungkin hanya berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Selain itu, sakit tekak dan hidung kering juga boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau mulut
- Alahan sinus
- Keradangan ruang hidung (Allergic rhinitis)
- Jangkitan pada tonsil pada fasa awal.
- Masalah aliran darah atau masalah tiroid
Untuk mengetahui punca masalah anda dengan lebih tepat, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda bagi menjalani ujian kesihatan lebih lanjut agar mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah anda.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.