Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tercucuk Jarum dan Hep B

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 13, 2019 3:10 AM

amin 17 bulan

Hi Doktor. Saya pekerja pembersihan dekat hospital, haritu saya kutip sampah dan tercucuk jarum. Saya takut kena hep B, macam mana nak tahu saya dijangkiti ke tidak?

Dr Sri Viknarajan 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas pertanyaan anda.

Virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang disebarkan melalui cecair badan seperti darah. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap hepatitis B jika anda tercucuk jarum.

Jangkitan virus hepatitis B boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati. Selain virus hepatitis B, anda juga mempunyai risiko tinggi untuk menghidap jangkitan virus lain seperti HIV dan hepatitis C.

Oleh itu, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di hospital dengan segera. Ujian darah akan dijalankan untuk mengesan sama ada anda telah menghidap jangkitan virus hepatitis B.

Sementara menunggu keputusan ujian darah, ubat antivirus akan diberi kepada anda untuk membunuh sebarang virus hepatitis B di dalam badan anda. Jika ujian darah mengesahkan bahawa anda menghidap jangkitan hepatitis B, rawatan akan dimulakan secepat mungkin untuk mengelakkan komplikasi serius.

Jika ujian darah tidak mengesahkan jangkitan virus hepatitis B, doktor akan membuat ujian darah sekali lagi selepas beberapa bulan untuk mengesahkan bahawa anda bebas dari jangkitan virus hepatitis B.

Dikemaskini pada: Wed Feb 13 2019 03:10:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ilias Yee 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda. Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Hepatitis B (HBV), Hepadnaviridae.

Saya sarankan anda untuk menjalani ujian untuk memastikan keadaan anda kerana Hepatitis B berjangkit melalui melalui:

  • Jarum suntikan yang tercemar
  • Pemindahan darah atau produk darah yang tercemar
  • Sentuhan dengan cecair badan seperti air liur, air mani dan cecair faraj) atau hubungan seksual

Kebanyakkan pesakit Hepatitis B tidak menunjukkan tanda dan gejala, antara gejala yang boleh berlaku adalah:

  • Kurang selera makan
  • Loya
  • Muntah
  • Perut rasa tidak selesa
  • Sakit sendi
  • Ruam
  • Kekuningan pada mata dan kulit

Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati iaitu kerosakan hati yang teruk sehingga menyebabkan kematian sel-sel hati atau kanser hati. Anda di nasihatkan untuk berhubung dengan pihak kesihatan untuk mendapatkan vaksinasi Hepatitis B.

Dikemaskini pada: Thu Feb 14 2019 02:50:52 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit hepatitis b? Bolehkah pesakit hepatitis b berkahwin dengan pesakit yang juga mengalami hepatitis b? Apa effect nya untuk masa yang akan datang? Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Hepatitis window period Doctor…apakah hepatitis ada window period ? Terutamanya hep b and c…dan apakah mungkin keputusan sekarang non reactive …dan ujian seterusnya reactive? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Saya nak tahu apa itu penyakit hepatitis A , B , C , H Saya hanya ingin tahu tentang penyakit hepatitis sebab saya tidak tahu . hanya ingin pengetahuan am Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Risiko air liur hepatitis B Hi Dr…Ingin tahu adakah ujian HBsAg semasa 32 hari sudah memadai untuk mengetahui status risiko HBV? Jika merujuk kepada laman web CDC.gov menyatakan “HBsAg will be detected in an infected perso… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Pengidap hepatitis b Hi dr,pada 2015 saya ada buat ujian darah untuk hepatitis b dan d sahkan positif ,pada masa yg sama saya mengandung dan melahirkan, ank saya mmg dapat vaksin hep b dari lahir sampai umur 2thun… … Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi