Sulit
4 tahun
Terlanjur dengan pengamal seks berganti ganti
Adakah hiv blh dijangkiti walaupun org yg kita lakukan hubungan tidak mempunyai hiv? Org tersebut mengamalkan seks dgn org lain.tetapi org tersebut mengamalkan ubat elak terkena hiv
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, bagi seorang doktor untuk membuat diagnosis bahawa seorang pesakit menghidapi HIV, sejarah perubatan pesakit yang mendalam, pemeriksaan fizikal dan juga beberapa ujian darah perlu dilakukan. Maklumat kesihatan seorang pesakit HIV yang diterima oleh doktor adalah sulit. Jika didapati, pasangan pesakit HIV perlu diberitahu tentang keadaan pesakit atau perlu menjalani ujian darah, maklumat kesihatan tersebut akan dimaklumkan dengan persetujuan pesakit. Status pesakit juga akan dirahsiakan dan pesakit disyorkan untuk menjalani kehidupan yang biasa.
Pada permulaannya, sejarah perubatan seorang pesakit perlu diambil. Beberapa soalan akan ditanya oleh para doktor untuk mengenali faktor risiko untuk HIV dan AIDS seperti:
- Hubungan seks yang tidak dilindungi, terutamanya hubungan seks dubur (liwat) di mana orang yang diliwat mempunyai 8 kali ganda lebih tinggi risiko untuk dijangkiti sebarang jangkitan seksual seperti HIV.
- Pasangan hubungan seksual yang ramai
- Jangkitan gonorea dan klamidia yang pernah atau sedang dialami. Contohnya, gonorea dan klamidia meningkatkan risiko penghantaran HIV 3 kali ganda
- Perkongsian jarum suntikan
- Penerimaan produk darah yang tercemar jangkitan HIV
- Lapisan mukosa yang tercedera disebabkan oleh darah atau jarum
- Jangkitan HIV daripada seorang ibu mengandung yang tidak mengetahui atau menerima sebarang rawatan.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Jika jangkitan dalam keadaan aktif pesakit akan mempunyai demam, lenguh sendi dan keseluruhan badan, cepat berasa lemah, letih atau lesu, ruam di seluruh badan atau kelenjar yang bengkak.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda bimbang tentang HIV? Dapatkan ujian dengan mudah dan selesa!

































