Sulit
4 tahun
Test upt Negative Hi, saya dah lewat period 8 hari dan telah buat test upt pada hari ke 5 lewat period tapi hasilnya negative. Adakah sy hamil atau tidak ye?
Hi, saya dah lewat period 8 hari dan telah buat test upt pada hari ke 5 lewat period tapi hasilnya negative. Adakah sy hamil atau tidak ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Perdarahan haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Andaikata anda masih ragu tentang status kehamilan, sebaiknya anda melakukan tes kehamilan yang sederhana seperti urine pregnancy test (UPT). Sedikit tips bagi puan untuk melakukan ujian UPT adalah bahawa sebaiknya diuji menggunakan air kencing yang pertama pada awal pagi kerana air kencing lebih cair dan kepekatan hormon hCG dalam air kencing akan lebih berkurang selepas pengambilan makanan pada awal pagi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























