Sulit
3 tahun
Threatened Miscarriage and cause dydrogesterone
Saya usia 24.kandungan saya 5w4d.saya ada spotting chocolate n fresh blood. Since 22 until today 24,kluar fresh blood n lendir² darah. So hari ni saya pergi scan, dr cakap kantung nampak irregular… So dia bg saya ubat kuat rahim. 4biji untuk mkn serta merta n 1 biji 3x sekali hari for a week. After saya mkn ubat kuat rahim tu, jadi banyak darah n sakit mcm senggugut. X teruk sgt but still terasa sakit tu. Is it normal after taking ubat kuat rahim? Thank you.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Dydrogesterone adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat:
- Senggugut
- Endometriosis
- Perdarahan disfungsional
- Premenstrual sindrom
- Keguguran
- Menopause
Antara kesan sampingan yang boleh didapatkan akibat pengambilan Duphaston adalah:
- Perdarahan
- Gangguan fungsi hati
- Kuning
- Sakit perut
- Gatal
Walaupun selamat digunakan oleh wanita hamil, sekiranya tiada keperluan, anda sebaiknya tidak perlu mengambil ubat ini melainkan sekiranya dipreskripsi oleh doktor.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.