Sulit
7 tahun
Tidak datang haid 1 bulan lebih
saya baru berumah tangga, biasa period saya pada akhir bulan dan semakin ke awal bulan, darah yang banyak keluar pada period bulan 5. selepas itu, pada bulan 30/6 saya hanya mengalami ada darah sedikit dalam 2 hari sahaja.kali terakhir saya mengambil pil perancang pada 16/6. dan sekarang bulan 8 saya masih tidak period.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada kes anda, sebetulnya haid selama 2 hari adalah terhitung normal. Diingatkan bahawa haid yang normal adalah selama 2 hingga 8 hari. Sementara itu, sejak 30/6 sehingga hari ini (6/8/2019) sudah 38 hari. Ditambah pula, anda juga baru mulai mengambil pil perancang yang salah satu efek sampingnya adalah haid tidak teratur. Justeru, belum ada kepastian sempurna untuk meletakkan anda dalam kategori haid tidak normal.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

























