
Sulit
3 tahun
Tidak datang haid selepas bersalin 9bulan
saya wanita berumur 26tahun… 9bulan lepas saya baru melahirkan anak ketiga…tapi, sampai pada hari ini saya belum datang kotor(haid)…adakah saya bole mengandung pada masa ini…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Waktu bila haid setelah melahirkan akan terjadi mungkin sulit untuk ditentukan. Hal ini kerana waktu haid setelah melahirkan akan berbeza-beza tiap ibu. Banyak faktor yang mempengaruhi hal ini, seperti tubuh ibu dan bagaimana ibu menyusui bayinya.
Jika anda menyusui bayi anda secara eksklusif, haid pertama anda mungkin akan terjadi dalam waktu lebih lambat sejak anda melahirkan, boleh sampai 6 bulan. Terlebih jika bayi anda rajin menyusu pagi dan malam hari, serta susu anda keluar dengan lancar.
Lain lagi jika anda tidak menyusui bayi anda. Anda mungkin akan haid lagi dalam waktu lebih cepat, hanya beberapa minggu setelah melahirkan. Ibu yang tidak menyusui bayinya mungkin akan mendapatkan haid pertamanya dalam waktu 3 minggu sampai 10 minggu setelah melahirkan (rata-rata 45 hari setelah melahirkan).
Jika, puan khawatir hamil lagi anda dinasihati untuk membuat Urine Pregnancy Test di rumah. Jika ia negative tapi haid tidak datang lagi untuk beberapa minggu, anda dinasihati untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk menghubungi doktor kita. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.