
Sulit
3 tahun
Tidak datang period selepas D&C
Salam sejahtera Dr. Sy ibu kepada 2 org anak dimana bulan lepas sy dapati pregnant anak yg ke-3 selepas bersama suami pada bulan 8… tetapi sy telah membuat keputusan bersame suami utk buat D&C atas beberapa sebab. Sebab yg utama anak yg kedua masih berumur 10 bulan dan sy bersalin czer. Persoalannye adelah, selepas sy membuat D&C pada 2\10, darah nifas sekitar seminggu kemudian sehingga ke hri ni masih belum dtg period. Tanda2 period ada tapi masih belom period. Ikutkan tarikh period sy pd minggu pertama awal bulan… Adakah sy mengandung atau memang period yg baru akan bertukar tarikh dan mengambil masa yg agak lama. Boleh dikatakan almost sebulan dah period sy tak datang selepas D&C. Mohon sedikit penjelasan dari Dr. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas melakukan D&C, rahim anda memerlukan tempoh masaseketika untuk kembali pulih. Hal ini adalah kerana ketika melakukan D&C, doktor melakukan tindakan di mana sesetengah daripada lapisan rahim anda dikeluarkan bersama kandungan anda. Oleh itu, ia mengambil waktu untuk kembali pulih seperti sedia kala.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Gangguan hormon
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan