Sulit
6 tahun
Tidak dtang period selepas mengambil pil perancang noriday
saya belum datang haid lagi setelah mengambil pil perancang noridays umur anak saya sudah 2bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setelah bersalin, haid anda mungkin tidak teratur. Anak anda juga masih bayi dan ini boleh mengganggu kitaran haid anda. Pengambilan pil noriday boleh juga menjadi punca kepada ketiadaan haid anda. Apabila anda makan pil perancang, kadang-kadang, lapisan darah di rahim terlalu nipis untuk mengelakkan kehamilan. Oleh itu, apabila waktu haid datang, anda mungkin tiada pendarahan atau sedikit sahaja.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.



































