
Sulit
5 tahun
Tidak period selama 3 bulan dan rasa krem di bahagian bawah perut
Saya tak dtg period dah msok 3 bulan… masa bulan kedua tak dtg period saya ada sakit di bahagian bawah perut dan ada keluar lendir berwarna coklat yg sgt cair dan seterusnya keluar darah yg seakan coklat tapi hanya sedikit sedikit sahaja serta berlanjutan sehingga seminggu… saya cek upt tetapi negatif… saya jumpa doc dan scan… doc ckp kosong… dah msok bulan ke 3 ni sy tak pergi jumpa doc utk cek lg… dan sy ada sakit perut lg seakan krem…jika tidak hamil apakah penyebabnya ya doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak datang ini berserta sakit perut yang dialami anda boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kehamilan luar rahim
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.