
Anonymous
5 tahun
Tidak Turun Haid 3Bulan
Saya,dah berkahwin selama 11 bulan…tpi sejak 3 bulan Yang Lalu sy tidak datang haid. Cuma trun drh,itupn hya sedikt sehari sja. Bila sy check prgncy test…tiada tanda2 mengandung. Adakah sy patut berjumpa doc. Boleh suggst klinik apa yg sy patut pergi. Klinik kesihatn kerajaan blh sy rujuk ke? Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk makluman anda, seandainya masalah kesihatan anda tidak mampu ditangani oleh klinik kesihatan (KK) kerajaan berdekatan, doktor di klinik tersebut akan merujuk anda ke hospital berdekatan yang mempunyai fasiliti dan teknologi yang lebih canggih agar dapat mendiagnosis masalah anda dengan lebiih tepat.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.