
Sulit
4 tahun
Tiub fallopian tersumbat
Ke dua dua tiub fallopian saya trsumbat…adakah rawatan utk tiub trsunbat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, fallopian tube tersumbat memerlukan rawatan khusus daripada doktor iaitu pembedahan untuk menghilangkan penyumbatan dan membuka tiub. Anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini dengan doktor melalui konsultasi khusus.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan semula jadi untuk membantu menyingkirkan penyumbatan pada fallopian tube. Antaranya ialah:
- mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangi stres- bermeditasi, berjalan kaki, membaca buku atau melakukan perkara yang anda paling minat
- bersenam dan mengamalakan pemakanan yang seimbang
- menghindari daripada menghisap rokok dan alkohol
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pastikan persoalan anda terjawab. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.