Sulit
2 tahun
Tompokan seperti air liur basi pada zakar
Saya lelaki 20an mengalami satu masalah dimana ada satu tompokan gatal pada tepi batang zakar saya. Apakah masalah yang dialami oleh saya dan adakah perlu untuk berjumpa dengan doktor?
2 tahun
Salam sejahtera.Terima kasih atas soalan anda.
Anda ingin mengetahui tentang masalah tompokan gatal pada bahagian zakar anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda,tompokkan gatal pada bahagian ini boleh disebabkan oleh beberapa isu.
Isu isu ini mungkin amat sirius dan memerlukan rawatan doktor dengan segera.
Antaranya:
- Herpes Kelamin (Genital Herpes) yang boleh disebabkan oleh virus HSV
- Litchin nitidus (keradangan pada bahagian kelamin)
- Candidiasis (disebabkan oleh jangkitan kulat)
- Kudis buta (Scabies)
- Kudis api (impetigo)
Namun yang demikian,untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut amat diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Janganlah menyapu apa-apa ubat tanpa saranan doktor dan elakkan menggaru kerana ianya hanya akan merosotkan keadaan kulit tersebut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.