
faizhazwan101
5 tahun
Tonsil bengkak dan bengkak kelenjar leher
Sy melakukan hubungan seks tanpa kondom selepas dua minggu sy tonsil saya bengkak dan kalenjar leher bengkak adakah saya dijangkiti hiv.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan tuan,jangkitan HIV mempunyai window period yaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV terdeteksi dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, namun rata-rata sekitar 3 minggu. Cara terbaik untuk mendeteksi jangkitan HIV adalah melalui pemeriksaan darah.
HIV juga dikenali human immunodeficiency virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah dan air mani. Sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih