
Sulit
5 tahun
Tonsil saya berwarna sedikit merah daripada biasa
Saya guna suara nyanyi high note then tekak sayang berasa kering dan gatal. Then, tonsil saya macam merah daripada lidah sebab lidah kan warna pink. Mungkin sebab saya paksa high note. Tapi saya rasa macam ada benda je lepas tonsil tu sebab nk minum air dengan telan iar liur kasi dia licin. Sebab rasa gatal. Cuba bagi penyelesaian untuk hilangkan merah kat tonsil,rasa gatal dan kering dekat pangkal tekak (belakang tonsil, betul atas halkum).

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria/virus
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
Anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk megurangkan keradangan tekak anda:
- Rehatkan suara kerap
- Minum banyak air untuk melegakan tekak
- Kurangkan makanan pedas apabila tekak kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.