Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ujian darah dan Hep B

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Februari 13, 2019 3:17 AM

fara 17 bulan

Hai Dr. saya ibu hamil dan ujian darah saya HbsAg positif. Apa maksudnya Dr. ? Adakah bayi saya akan dijangkiiti juga?

Dr Sri Viknarajan 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas pertanyaan anda.

Ujian HbsAg merupakan sejenis ujian untuk mengesan jangkitan virus hepatitis B. Jika keputusan ujian HbsAg anda ialah positif, maka anda telah disahkan menghidap jangkitan virus hepatitis B.

Virus hepatitis B merupakan sejenis virus yang boleh menyebabkan radang hati yang kronik. Jika radang hati tersebut tidak dirawat dengan awal, komplikasi-komplikasi serius seperti kegagalan organ hati dan barah hati boleh berlaku.

Virus hepatitis B merebak melalui cecair badan. Oleh itu, virus hepatitis B boleh disebarkan melalui cara-cara seperti:

  • Hubungan kelamin tanpa perlindungan
  • Perkongsian jarum dadah
  • Pemindahan darah atau produk darah yang tercemar.

Ibu yang menghidap hepatits B juga boleh menyebarkan virus tersebut kepada anak mereka semasa hamil dan semasa proses melahirkan anak. Risiko penyebaran virus hepatitis B dari ibu ke anak adalah sehingga 40%.

Untuk mencegah penyebaran ibu ke anak, ubat antivirus dan vaksin hepatitis B akan diberi kepada anak anda dalam masa 12 jam selepas anak anda dilahirkan.

Dikemaskini pada: Wed Feb 13 2019 03:17:34 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Dr Ilias Yee 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda dan anak anda. Seperti yang anda telah nyatakan bahawa anda HbsAg positif, ini bermaksud anda telah disahkan sebagai penghidap virus Hepatitis B.

Virus Hepatitis B boleh merebak melalui cecair badan seperti:

  • Air liur
  • Air mani dan cecair faraj
  • Hubungan seksual
  • Berkongsi jarum suntikan yang tercemar
  • Melalui ibu kepada anak

Anak anda haruslah menerima vaksinasi Hepatitis B dalam masa 12 jam selepas dilahir. Ini akan membantu membina sistem imunisasi anak anda dan melawan ijangkitan virus Hepatitis B.

Vaksin ini akan diberikan dalam 3 dos dalam masa 6 bulan. Anda dinasihatkan untuk memastikan anak anda menerima vaksinasi tersebut kerana vaksin hepatitis B adalah perlindungan yang terbaik untuk anak anda.

Virus Hepatitis B boleh menyebabkan sirosis hati dan kanser hati. Terdapat beberapa ubat anti virus yang boleh disarankan oleh doktor anda seperti:

  • Lamivudine (Epivir)
  • Adefovir (Hepsera)
  • Telbivudine (Tyzeka)
  • Entecavir (Baraclude)

Ubat-ubatan diatas membantu mengurangkan risiko penyakit hati dan mencegah penularan infeksi kepada orang lain.

Dikemaskini pada: Thu Feb 14 2019 02:45:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Risiko air liur hepatitis B Hi Dr…Ingin tahu adakah ujian HBsAg semasa 32 hari sudah memadai untuk mengetahui status risiko HBV? Jika merujuk kepada laman web CDC.gov menyatakan “HBsAg will be detected in an infected perso… Baca lagi...
10 bulan
Sulit
Saya nak tahu apa itu penyakit hepatitis A , B , C , H Saya hanya ingin tahu tentang penyakit hepatitis sebab saya tidak tahu . hanya ingin pengetahuan am Baca lagi...
8 bulan
arasu
Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin? Kalau saya positif hep B adakah saya tak boleh kahwin? Baca lagi...
16 bulan
Sulit
Pengidap hepatitis b Hi dr,pada 2015 saya ada buat ujian darah untuk hepatitis b dan d sahkan positif ,pada masa yg sama saya mengandung dan melahirkan, ank saya mmg dapat vaksin hep b dari lahir sampai umur 2thun… … Baca lagi...
5 bulan
amin
Tercucuk Jarum dan Hep B Hi Doktor. Saya pekerja pembersihan dekat hospital, haritu saya kutip sampah dan tercucuk jarum. Saya takut kena hep B, macam mana nak tahu saya dijangkiti ke tidak? Baca lagi...
17 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi