Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ujian darah hiv aids

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: April 20, 2020 1:40 AM

Sulit 2 bulan

Pada 5 tahun lepas saya ada melakukan seks tanpa perlindungan dan tanpa ejakulasi dalam seminit 2 sahaja saya memasukkan kemaluan saya dan saya terus mengeluarkan kemaluan saya dan saya telah melakukan ujian darah menggunakan test kit yang dibeli dari farmasi dan ujian klinik yang di hantar ke lab. Kedua dua ujian negative.kali terakhir saya melakukan seks pada bulan 2 tahun lepas tapi dengan perlindungan. Saya nak tanya adakah saya perlu melakukan ujian lagi ataupon ujian ini sudah mencukupi. Semua tu perempuan itu adalah pelacur

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, jangkitan HIV mempunyai window period iaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV dikenalpasti dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, walaupun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif pada hari ke-90, rekomendasi CDC mengatakan bahawa hasil ini adalah tepat.

Secara kesimpulannya, ujian HIV disarankan untuk dijalani sekurang-kurangnya 3 minggu daripada tarikh penyebaran. Jika anda buat terlalu awal, ia tidak boleh di kenalpasti. Ulang pada mana-mana waktu dan lebih tepat 3 bulan selepas tarikh penyebaran.

Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

Dikemaskini pada: Mon Apr 20 2020 01:40:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Masalah sexually healthy Hai sya lelaki berusia 20 kerap beronani adakah sye akan dijangkiti hiv Baca lagi...
56 hari
Sulit
Adakah ujian darah biasa boleh mengesan hiv? Saya lelaki 22 tahun, saya pernah melakukan seks oral di mana perempuan tersebut menggunakan mulut. Sekarang saya terlibat dengan satu prosedur pembuangan Batu karang, adakah ujian darah biasa y… Baca lagi...
44 hari
Sulit
Tentang hiv, harap dapat membantu Berapa lama kah atau berapa tahun kah kita dapat tahu kita dijangkiti hiv ? Kalau lebih 7 tahun tapi tiada tanda2 awal hiv pun ? Adakah ia still dapat dijangkiti ? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
3 bulan lepas saya ada melakukan hubungan seks dgn seorg pelacur tnpa menggunakan perlindungan. Dan sekarang saya mengalami gejala demam sudah hampir seminggu nmen Saya berasa lesu dan mengantuk sepanjang masa disamping badan berasa panas seram seram sejuk. Adakah kebarangkalian saya mungkin terjangkit hiv setelah 3 bulan lepas terdedah dlm aktiviti berisi… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Bolehkah status HIV diketahui melalui swab test covid 19 Saya lelaki berumur 22, saya pernah melakukan oral seks di Mana wanita tersebut melakukan oral seks melalui mulut kepada saya. Hari2 ni sy melakukan swab test until covid 19, adakah boleh menges… Baca lagi...
44 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi