gavul.1217
4 tahun
Ujian kehamilan negatif, sedangkn saya sudah lewat period hari ni 31hb sudah masuk Hari ke8,ujian kehamilan menunjukkan negatif
Ujian kehamilan menunjukkan negatif sedangkan saya sudah mengalami kelewatan datang period selama 8hari …ujian kehamilan pertama saya lakukan pd hari ke3 kelewatan period saya… Dan ujian kehamilan ke2 saya buat pada hari ke7 selepas kelewatan period saya… Soalannya… Adakah saya mengandung atau tidak? Saya risau kerana tahun lalu feb 2019,saya pernah mengalami ectopic dan itu sangat merisaukan saya… Pd dec 2019 saya telah mengalami keguguran… Tahun ni circle period saya adalah normal selama 28 Hari… Tetapi kenapa masih ujian kehamilan saya negatif ealaupun
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.