
Sulit
4 tahun
Ujian Kehamilan tidak tepat. Sakit di bahagian ari-ari. Dr di Klinik sah kan kandungan masih awal
Hi Dr. Saya berumur 25 tahun… pada 25/12 saya ada pergi ke klinik atas sebab sy tak dtg period and bahagian perut sy rasa cramp dan sakit di bahagian ari-ari… and just keluar lendiran coklat… Then Dr minta buat UPT… the result is double line tapi 1 line kabur… Then Dr sah kan maybe sy pregnant masih awal… atau tak menjadi… then 28/12 sy test lagi result negative… bahagian ari-ari sy masih sakit… sakit macam biasa sy period heavy flow… tapi ni juat keluar lendiran coklat… sy tak selesa… adakah sy pregnant? Atau sebab lain ya Dr?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kondisi tubuh khususnya rahim anda.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain yang lebih tepat seperti ujian darah dan ultrasound.
UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung. Dan sebaliknya, walaupun telah berlaku keguguran namun ketika saat dilakukan ujian, sisa hormon hCG dalam tubuh masih tinggi, anda masih boleh mendapatkan hasil ujian positif
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Namunlendiran coklat atau darah haid yang keluar dari faraj, merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran (yang dimaklumkan oleh bidan)
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang mempunyai seorang doktor.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.