Sulit
5 tahun
Ulser di kemaluan saya , sudah berlarutan selama hampir seminggu , saya nk tanya apakah ini penyakit siflis atau hanya jerawat biasa
Saya lelaki berumur 21 tahun , saya melakukan seks hanya dengan seorang wanita , sudah beberapa kali saya melakukannya , kemaluan saya mengalami ulser di bahagian kepala kemaluan , selepas hampir 3-4 hari saya melakukan seks, ulser di kemaluan saya masih belum hilang sejak seminggu yang lalu , saya tidak merasa sakit , hanya saya risau dan takut dengan kejadian tersebut
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, secara umumnya, gejala ulser di kemaluan anda boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis
- Luka akibat alahan seperti pada kain atau sabun
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus pada kemaluan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan, diagnosis dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































