Sulit
6 tahun
Ulser pada alat kelamin
Saya wanita 30 an sudah berkahwin dan belum mempunyai anak.Sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah ulser selepas melakukan hubungan kelamin bersama suami sewaktu selepas period dan sebelum waktu haid.Ulser akan berlarutan 2-3 hari dan menyebabkan saya sukar membuang air kecil kerana terlalu pedih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Luka akibat kurang pelincir ketika hubungan kelamin
- Jangkitan herpes genital (virus selesema)
- Jangkitan sifilis - jika anda atau suami ada melakukan hubungan seks bebas
- Kurang estrogen dihasilkan badan - menyebabkan kemaluan kering dan mudah luka
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































