Sulit
4 tahun
Urat telur bengkak rasa senak
Saya khai umur 30 saya mempunyai penyakit jantung bengkak dan juga kegagalan buah pinggang tahap 3 baru2 ini saya merasa telur saya senak apabila diperiksa saya sendiri saya dapati urat telur saya bengkak… Apakah sakit yg saya lalui?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- testicular torsion - buah zakar berbelit yang mana masalah ini adalah kecemasan sehingga memerlukan anda untuk segera mengunjungi doktor
- epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
- orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera jika masalah ini mengganggu aktiviti harian anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

































