
Sulit
3 tahun
Uzur datang lambat dan masalah ketika bersama dengan suami
1.Saya seorang ibu dan isteri berumur 48 tahun. Anak saya yang bongsu berumur 19tahun. Selama ini apabila bersama suami, suami saya memang akan memancut keluar air mani kerana saya tidak lagi ingin hamil. Namun begitu untuk 2 bulan yang terakhir ini suami saya telah memancutkan ke dalam. Saya begitu susah hati kerana 2 bulan terakhir ini uzur saya sering datang lambat. Untuk bulan ini sudah lewat 2 hari.adakah saya akan hamil? Bagaimana saya ingin mengelakkan diri saya daripada hamil?
2.Mengapa saya tidak merasa terangsang apabila setiap kali bersama dengan suami. Sedangkan berbagai teknik suami saya dan saya telah cuba lakukan.Saya juga merasa sakit di faraj ketika bersama. Adakah faktor umur saya atau kami jarang melakukan hubungan seks. Apa yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang oleh mengganggu kitaran haid dan menyebabkan kelewatan haid. Antaranya adalah:
- Stres
- Berat badan yang tinggi
- Pengambilan pil perancang atau ubat hormon lain
- Kehamilan
- Pre-menopause
Jika anda bimbang, ujian kehamilan boleh diambil seawal 10-14 hari setelah hubungan seks. Kami juga ingin menyarankan penggunaan kontraseptif atau perancang keluarga seperti kondom semasa seks.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Bagi soalan seterusnya, rasa sakit ketika melakukan hubungan seks sering kali disebabkan oleh kurangnya stimulasi seksual. Stimulasi ini penting bagi menghasilkan pelinciran semula jadi dan menghalang kesakitan. Manakala kurangnya mood atau keinginan seksual boleh disebabkan oleh perubahan hormon yang tidak menentu.
Kedua-dua masalah sakit pada faraj semasa seks serta kurang keinginan seksual sering berlaku pada golongan pre-menopause. Namun, ini hanyalah diagnosis umum kerana tiada sejarah kesihatan terperinci tentang diri anda. Kami cadangkan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.