
Sulit
4 tahun
Vagina kering jika melakukan hubungan badan dan vagina terasa perih ketika melakukan hubungan untuk kali kedua, adakah normal?
setelah menikah melakukan hubungan badan untuk round kedua vagina jadi kering dan pedih, itu normal atau tidak? kalau tidak normal, ada tak ubat yang boleh saya ambil untuk mengatasi, dan kalau normal ada tak cara untuk mengat
asi perih dan kering pada vagina. dan kalau saya diwajibkan untuk konsul dengan doktor, klinik dimana yang perlu saya pergi? pakar atau boleh jugak umum?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- simptom perimenopaus (biasanya ada dengan simptom lain seperti hilang mood, spotting, berasa panas sekitar tubuh, berasa lesu berbanding dahulu)
- kurang minum air
- masalah seperti kemurungan dan anxiety disorder
- vulvovaginitis (jangkitan pada kemaluan luar)
- penyakit autoimun sseperti Sjogren syndrome
- kelenjar pituitari yang tidak aktif
Buat masa sekarang, saya mengalakkan puan untuk menggunakan lubricant (pelincir) ketika berhubungan kerana berhubungan ketika vagina kering boleh meningkatkan risiko untuk vagina luka sehinggalah puan berjumpa pakar perubatan atas masalah puan.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan di mana-mana klinik berdekatan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.