
Sulit
4 tahun
Zakar mngeluarkan air kuning dan saket bila menegang/timbul 1 urat besar
saya lelaki berumur 25thn mengalami satu penyakit yg pertama kali nya pada zakar , Apabila zakar dengan sendiri mngeluarkan cecair sperri air mani tetapi bewarna kuning seperti nanah , dan apabila zakar saya menegang , urat antara Biji ke Zakar Timbul satu urat yg jelas n berasa sakit apabila saya mendongakkan zakar ke atas perot . Doktor maaf klaau kurang jelas pertanyaan saya ni , tetapi bleh bagi tips penyelesaian penyakit ini ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Keluarnya nanah dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Urat yang timbul dan besar boleh disebabkan saluran darah yang mengembang, namun sekiranya terdapat kesakitan anda harus segera ke klinik atau hospital.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.