
Sulit
5 tahun
Zakar susah keras dan tegang lama
umur saya 55 tahun, saya masih bernafsu terhadap isteri saya. Masalah saya, zakar saya lambat keras dan jika keras sekejap sahaja sudah lebik semula. Apakah saya sudah mati pucuk. Masalah tersebut bermula selepas saya buat pembedahan di tulang belakang kerana slipdisk…apakah itu salah satu puncanya kerana bila saya bersama isteri,pinggang saya seperti tidak berasa apa apa. saya tidak merokok terapi kolestrol saya tinggi, berat badan hampir 9okg dan obesiti. Apakah itu juga menjadi punca kepada masalah saya ini. Apakah ubat yang sesuai saya ambil bagi mengatasi masalah saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat 3 jenis impotensi untuk lelaki, iaitu primer, sekunder dan situasi (situational):
- Impotensi primer ialah apabila seseorang lelaki tidak pernah mencapai ereksi sepanjang hayat beliau walaupun selepas akil baligh. Kebanyakan pesakit jenis ini adalah muda dan mempunyai masalah kesihatan.
- Impotensi sekunder pula ialah apabila seseorang lelaki mempunyai masalah ereksi walaupun sebelum ini normal dan pernah mempunyai ereksi yang normal. Impotensi sekunder lebih kerap berlaku berbanding jenis impotensi lain dan mempunyai banyak penyebab, termasuklah masalah fizikal dan psikologi.
- Impotensi situasi pula ialah apabila seseorang mengalami masalah ereksi apabila berdepan dengan situasi tertentu seperti kali pertama melakukan aktiviti seksual atau pasangan baru. Ia juga boleh digelar (performing anxiety).
Untuk makluman pihak anda, masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Kami tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut mengenai punca pinggang anda kebas apabila bersama dengan isteri anda kerana kami memerlukan informasi lebih lanjut mengenai keadaan anda.
Untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya, seseorang perlu mengetahui jenis penyakit potensi mereka terlebih dahulu. Antara rawatan yang ada ialah rawatan psikoterapi seksual dan ubatan seperti Viagra . Viagra merupakan antara ubat yang paling berkesan dalam rawatan mati pucuk. Ia juga boleh dikira sebagai ubat yang selamat untuk digunakan dengan kesan sampingan yang sangat minimal. Sila bercakap dengan doktor sebelum mencuba rawatan ini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang rawatan, sila klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk mendapatkan penerangan lanjut atau rawatan yang diperlukan @ untuk berhubung dengan farmasi kami.