Sulit
3 tahun
Zakar tidak dapat tegang lebih lama bila melakukan seks
Sy berumur 34 thun…ketika sy bersama isteri zakar sy akn kembali menurun dan tidak dapt mencapai klimaks ketika bersama… Mula2 elok tegang tp bila da bersama ia x dpt kekal tegang lebih lama… Bantu sy dkter
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan gangguan ini adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat gangguan seksual ini adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat menggangu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat menggangu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawtaan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.