Malaysia's #1
Health Forum

Maafkan saya ini sambungan dari (saya mengalami gejala resdung hidung)

Answered by: Dr Sashini Seeni

Last Updated: January 17, 2021 3:07 AM

Anonymous 38 days

Maafkan saya,penerangan yang saya hantar tadi terputus,saya sertakan semua sekali di sini

Salam doktor,sejak kebelakangan ini saya sering gatal dekat hidung,selalu bersin,tekak sakit dan badan rasa lenguh,kadang rasa degupan jantung macam tak normal tiba-tiba rasa macam penat,dan saya tergerak hati nak google gejala resdung dan apa yang saya dapati semua yang saya alami ada dalam simptom resdung,jadi pertanyaan saya adakah patut saya berjumpa dengan doktor atau beli ubat-ubatan dekat farmasi sahaja.

Saya harap dapat nasihat daripada doktor.

Terima kasih😇

Dr Sashini Seeni 38 days
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi iaitu resdung. Untuk makluman anda, resdung boleh dirawat dan dihilangkan dengan beberapa cara. Ini termasuklah ubat-ubatan, serta rawatan sendiri yang dilakukan di rumah dan kemungkinan ubat-ubatan alternatif. Berjumpa dengan doktor anda sebelum mencuba sebarang rawatan baru bagi resdung.

  1. Antihistamin Anda boleh mengambil antihistamin untuk merawat resdung. Ia berfungsi dengan menghentikan badan anda daripada menghasilkan histamin. Bincang dengan doktor anda sebelum memulakan ubat yang baru. Pastikan ubat alergi yang baru tidak mengganggu tindak balas ubat lain atau penyakit lain.
  2. “Decongestant” Anda boleh menggunakan ia dalam tempoh yang singkat, biasanya tidak lebih daripada tiga hari, untuk melegakan hidung tersumbat dan tekanan inus. Menggunakannya untuk masa yang lama boleh menyebabkan “rebound effect”, bermakna apabila anda berhenti menggunakan ubat ini, gejala akan menjadi lebih teruk.
  3. Ubat titis mata dan semburan hidung
  • Kedua-dua rawatan ini boleh membantu melegakan kegatalan dan gejala-gejala lain yang berkaitan dengan alergi bagi masa yang singkat. Walau bagaimanapun, bergantung pada jenis produk, anda mungkin perlu mengelakkan penggunaan ubat ini bagi jangka masa yang panjang.
  • Seperti “decongestant”, penggunaan yang berlebihan bagi ubat titis mata dan semburan hidung boleh menyebabkan “rebound effect”.
  • Kortikosteroid boleh membantu mengurangkan keradangan dan tindak balas imun. Ia tidak menyebabkan “rebound effect”. Penyembur hidung steroid biasanya disyorkan sebagai rawatan jangka masa panjang, berguna untuk mengurangkan gejala alergi.
  • Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan rejimen bagi sebarang rawatan resdung untuk memastikan anda mengambil ubat yang terbaik untuk gejala anda. Doktor juga boleh membantu menentukan produk mana yang sesuai untuk kegunaan jangka masa pendek dan yang direka untuk rawatan jangka masa panjang.

Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini dibiarkan, dikhuatiri ia akan memudaratkan diri serta mengganggu aktiviti harian anda.

Sakit telinga, hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Last Updated: Sun Jan 17 2021 03:07:31 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Online Consultation
Talk to a doctor or specialist online about ENT from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
FREE Detailed Health Assessment
Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!
Start FREE Health Assessment
Anonymous
Constant clearing throat Female, 38years old, feel phlegm stuck at my throat. Keep clearing my throat. Few days now, feeling sesak nafas during at night. I have gastritis many years and will take controloc if needed, i… Read more...
38 days
Anonymous
Tooth gum pain since this morning Hi Dr, tooth gum pain, should I take antibiotic? Read more...
3 months
Anonymous
Using ear drop to clean ear wax I’m 21years old female. My ear stuck for one month and might be due to I used cotton stick to clean my ears . There is no pain and my hearing is still normal currently .I have bought Soluwax ear… Read more...
10 months
Anonymous
Bacteria Infections due to injury? Hi Doctor. I am a male aged 40. I have been using ear drops (antibiotic content according to pharmacist) on my ear(s) for almost 2 years already. If I skip the drops, ear(s) would produce some l… Read more...
5 months
Anonymous
Nasal blockage and not able to sleep My dad is in his late 60s. He is not able to sleep for the past week because of his nose block. He took NasoCare nasal spray but still its not of any help. He is on several other medications suc… Read more...
8 months