Anonymous

4 years

Ujian saringan corona virus

Saya wanita berumur 34 tahun. Sejak malam ahad yg lalu sy megalami demam yg sgt tinggi… suhu mencecah 39 c… tapi demam tu xberlarutan. Tak ada batuk atau selsema cuma sakit tekak sikit. hanya 1 hari sahaja demam dan hari ini btambah baik cuma masih lemah dan sakit2 badan… tiada kontak dgn pesakit corona virus dan tidak ke luar negara. Tapi saya berisiko di sebabkan rutin harian saya, saya menaiki public transport ke tempat kerja.

Soalan saya… perlukah saya mengambil ujian saringan untuk corona virus?

Dr Ramzdhan,

4 years

Hai.

Terima kasih atas soalan yang diajukan.

Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala demam, sakit tekak, selesema yang pernah anda hadapi lebih-lebih lagi pada musim wabak risiko jangkitan COVID19. Oleh itu, anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.Sekiranya anda berisiko tinggi, ujian saringan di klinik kesihatan atau hospital kerajaan perlu dijalankan.

Namun, selain jangkitan COVID19, sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • jangkitan virus
  • jangkitan kuman
  • radang tonsil
  • pharyngitis

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/

Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination

To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here

To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.