Anonymous

2 years

Upt kali kedua negatif

Saya dah berkahwin lebih kurang dua bulan. Bulan kedua saya terlambat period selama 10 hari. Dua hari lepas saya dah cek upt, ada dua line. Line kedua tu mmg kabur sgt2… Line kedua tu dpt tgok dari jarak dekat sahaja. Tadi, saya cek pulak. Upt ada satu line saja … Knp ya… Kalau ikut tarikh period. Sy hamil 6 minggu…

Dr Ramzdhan,

2 years

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kerisauan anda tentang UPT. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kitaran haid lewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:

  • Kehamilan
  • Menyusu badan
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jadual atau aktiviti harian yang terlalu padat dan aktif
  • Tekanan dan stres
  • Sindrom polisistik ovari (Polycystic ovarian syndrome)

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ujian kehamilan negatif seperti:

  • Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
  • Kerosakan alat ujian kehamilan
  • Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
  • Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan

Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya perincian lain boleh dibuat supaya punca masalah tersebut boleh diketahui.

Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.

Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
belly-3186730_640%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.