ePharmacy Latest Promotion Consult a Specialist
Malaysia's #1
Health Forum

Sakit bahagian punggung

Answered by: Dr Ramzdhan

Last Updated: September 13, 2021 9:01 PM
Anonymous 4 days

saya mengandung 9 minggu. skrg mengalami sakit dibahagian punggung. berjalan,tunduk, duduk pun rasa sakit. sudah seminggu rasa sakit. adakah normal atau perlu dapatkan rawatan?

Dr Ramzdhan 4 days
General Practitioner

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan beberapa faktor seperti:

  • Perubahan hormon dalam badan . Perubahan hormon akan menyebabkan sendi pinggul menjadi lebih longgar serta menjadikan ligamen di situ lebih fleksibel sebagai persediaan untuk proses bersalin. Apabila berlakunya perubahan ini, ianya akan menyebabkan wanita tersebut mengalami sakit pinggang kerana tidak biasa kepada perubahan tersebut dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Ini juga dikenali sebagai " symphysis pubis dysfunction" atau SPD .
  • Pusat graviti tidak stabil. Apabila semakin hampir dengan waktu bersalin, maka badan ibu mengandung akan menjadi tidak stabil kerana pusat gravitinya tidak stabil. Hal ini akan menyebabkan sakit pinggang kerana badan wanita tersebut akan membengkok untuk memberikan sokongan bagi mengangkat beban kandungan.
  • Pertambahan berat badan. Wanita juga akan mengalami masalah sakit pinggang semasa hamil kerana berat badan bertambah dengan mendadak.
  • Mengangkat objek berat. Wanita juga akan mengalami sakit pinggang semasa hamil apabila mengangkat objek berat atau bebanan berlebihan sewaktu mengandung. Ini juga membawa risiko mengalami masalah slip disc.
  • Seterusnya, wanita mengandung juga perlu kerap berehat dan tidak melakukan kerja yang berat kerana boleh mengelakkan sakit pinggang.

Terdapat pelbagai tips yang boleh diamalkan oleh para ibu mengandung. Antaranya adalah:

  1. Meletakkan heating pad pada bahagian pinggang yang sakit. Hal ini akan dapat membantu mengurangkan kesakitan.
  2. Wanita hamil dikehendaki mendapatkan rehat secukupnya. Hal ini boleh dilakukan dengan berbaring dan merehatkan bahagian pinggang dan bahagian belakang. Apabila wanita tersebut berbaring, maka postur badan dapat diluruskan serta melegakan sebarang sakit pinggang atau sakit belakang.
  3. Wanita hamil juga dinasihatkan untuk melakukan senaman ringan yang mudah. Ini dapat membantu melonggarkan sendi pinggang serta memudahkan proses bersalin.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
belly-3186730_640%20(1)

Last Updated: Mon Sep 13 2021 21:01:53 GMT+0800 (Malaysia Time)
4
Online Consultation
Talk to a doctor or Obstetrician & Gynaecologist Specialist online about pregnancy from anywhere you are without having to queue anymore
Doctor Consult RM19.99 Specialist Consult From RM80
COVID-19 Test Services
See all coronavirus COVID-19 test service providers in Malaysia. PCR/RTK test at home, clinic, drive through or to your premises.
See All COVID-19 Tests

Top Questions