Anonymous

3 years

Explaination from doctor

Hi doctor, saya nak tanya. Kalau bersetubuh sehari selepas period masa tu belum subur kan? Jadinya chances untuk mengandung tu ada ke? Then, kalau kita bersetubuh memakai kondom tiada kesan apa apa kan?

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.

Anda perlu tahu bahawa masa subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).

Justeru itu, bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.

Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik !

Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:

  • Haid terlambat
  • Mual, muntah & mengidam
  • Cepat letih & mengantuk
  • Sakit atau pening kepala
  • Lebih kerap buang air kecil
  • Cairan keluar dari kelamin
  • Suhu tubuh meningkat
  • Kejang perut
  • Sering berdebar

Berdasarkan kajian semasa, kondom lelaki didapatkan 95% efektif dalam mencegah kehamilan dan merupakan pilihan perancangan keluarga yang terbaik sementara menunggu kaedah perancang yang disarankan oleh doktor anda.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda.

AdobeStock_102585424%20(1)

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.