
Anonymous
4 years
Masalah seksual (Pasang bearing?
Sy lelaki berusia 25 tahun mempunyai masalah cepat pancut, saya dh pergi mengurut dan makan supplement , beli minyak urut, tetapi tidak brhasil, Perlu ke sy nak pasang bearing untuk ketahanan seks?

4 years
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, kebanyakan kes ejakulasi/pancutan pramatang tidak berkaitan dengan sebarang penyakit dan sebaliknya disebabkan oleh faktor psikologi, seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Anda dinasihatkan untuk:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Mendapatkan rawatan psikoterapi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.