
Anonymous
3 years
Rasa berdebar, cepat haus, penurunan berat badan, darah dalam kahak
saya wanita student, 19. sejak kebelakangan ini saya kerap mengalami masalah: (tidak pernah berlaku sebelum ini)
dada berdebar walaupun hanya berjalan dan melakukan kerja ringan.
kerap haus walaupun sudah minum hingga mulut jadi kering dan berbau menyebabkan saya jadi lebih kerap gosok gigi dari hari biasa.
batuk dan kahak berketul tetapi jarang (baru2 ni saya ada buat kerja berat dan terasa sangat berdebar serta haus, sewaktu buang kahak, kahak ada bercampur sedikit darah cair. saya cuba lagi buang kahak lebih kurang 3 kali, darah makin hilang cuma kahak sedikit kekuningan)
hilang selera makan dan penurunan berat badan yang drastik dari 52kg ke 44kg (tinggi 1.51)dalam masa terdekat.
saya juga kerap terjaga ditengah malam dan tidak boleh tidur kembali berlarutan hingga ke pagi menyebabkan saya sedikit lesu di siang hari dan pernah skip class kerana terlalu penat.
berkeringat/berpeluh waktu malam. kadang2 sejuk pada waktu siang tetapi tidak demam. (jarang)
dua harini saya ada rasa sakit di bahagian atas perut sebelah kanan jika ditekan dan kadang sakit tu terasa bila batuk terlalu kuat. (ia tidak terlalu sakit hingga mengganggu rutin harian saya)
saya sudah buat saringan covid19 dan keputusannya negatif…ibu saya pula mempunyai sejarah sakit TB sewaktu zaman remajanya dan beberapa simptomnya sama seperti di atas…Apakahkah tanda bagi simptom di atas? ada ia normal bagi saya kerana kebelakangan ini saya agak sibuk dengan assigment hingga tidur tidak teratur? perlukah saya berjumpa dengan doktor dan apakah rawatan yang akan saya terima jika berjumpa doktor? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda berikan.
Anda bertanyakan tentang gejala-gejala yang anda alami dan bimbang jika ianya TB dan ingin tahu jika perlu berjumpa doktor. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh perkara yang serius dan oleh itu memerlukan pemeriksaan lanjut. Berkenaan ibu anda yang mempunyai sejarah TB, sekiranya jangkitan ibu anda aktif dan anda mepunyai kontak rapat atau tinggal dengannya, anda berpotensi mendapat jangkitan ini.
Oleh itu anda amat disarankan untuk segera ke klinik atau hospital terdekat bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Rawatan yang anda akan terima bergantung kepada punca gejala-gejala yang anda alami dan kami tidak boleh membuat kesimpulan atau memberi sebarang maklumat tentangnya selagi diagnosis tidak dicapai.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.