Answered by: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli
hai doc, saya sekarang ada ambil ubat predniselone 5mg 12 biji x1 makan pagi dan malam untuk 2 minggu pengambilan. saya dah ambil ubat ni dah seminggu.
nak tanya, adakah normal kesan daripada pengambilan ubat predniselone 5mg paras gula dalam darah naik mendadak walaupun saya kurang ambil makanan bergula, sakit badan yg teruk, tekak gatal tapi tiada kahak dan batuk, ada selsema, susah tidur malam, cepat berpeluh dan rasa kebas pada kaki?? Terima kasih
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian,
Prednisolone adalah kortikosteroid sintetik. Ia mengurangkan respons sistem imunisasi terhadap pelbagai penyakit sekaligus mengurangkan gejala seperti rasa sakit, bengkak dan reaksi alahan.
Kesan sampingannya adalah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.