
Anonymous
3 years
Sakit kepala , telinga berdesing dn berdenyut
Hi saya wanita berusia 25 tahun . Saya mengalami gejala sakit kepala hampir 3 minggu . Kepala terasa berdenyut kuat di keseluruhan kepala bermula di bahagian leher .Saya kerap terasa diri melayang secara tiba2 . Kadang kala saya kena pedih ulu hati . Sakit kepala tu akan datamg selepas 1 jam saya bangun dari tidur sehingga malam .

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian kepala dan kedesingan telinga ana. Kami akan cuba membantu anda.
elinga adalah salah satu organ pada kepala dan setiap struktur pada kepala adalah saling berkaitan. Oleh itu, sekiranya berlaku masalah pada sesuatu struktur tidak kira telinga, mata, hidung atau mulut akan menyebabkan struktur lainnya juga turut terjejas. Jadi, sakit kepala adalah salah satu simtom yang sering terjadi apabila berlaku masalah pada struktur-struktur tersebut. Terdapat banyak sebab sakit telinga.
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Bendasing menyumbat saluran telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Kesemua masalah diatas boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor dan menjalani pemeriksaan terhadap telinga anda untuk mengenal pasti punca sakit telinga tersebut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.