
Anonymous
3 years
Sakit ketika bersin pada bahagian ari ari
Haii doc… sy wanita berumur 20tahun dan mmpunyai ovarian cyst berukuran 3cm×3cm. Sy mengalami kesakitan pada bahagian ari ari ketika bersin. Terutamanya apabila sy duduk di atas kerusi dan bersin. Kesakitan itu tidak lama, cuma membuatkan saya terfikir apakah sebabnya ? Mohon penerangan dn terima kasih doc.

3 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesakitan pada bahagian ari-ari yang anda alami.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- appendicitis
- keradangan usus
- jangkitan salur kencing
- jangkitan buah pinggang
- masalah ovari
Untuk mengetahui punca utama kesakitan anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dan mengetahui keadaan cyst anda dan dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.