Anonymous

5 years

Telinga kanan sahaja rasa tidak selesa seperti naik kapal terbang

Saya berumur 23 tahun. Sy baru sje mengalami keadaan spt ini. Telinga kanan sy berdengung dan seakan kita berada di dalam kapal terbang. Sy berasa sangat tidak selesa :sob: apa masalah nye ye doc? Kanan sje…

Dr Ramzdhan,

5 years

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui keterangan yang diberikan, kami memahami anda mempunyai gejala gangguan pada telinga. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu.

Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Perubahan pada altitud seperti menaiki lif dalam bangunan yang tinggi
  • Keradangan sinus
  • Jangkitan telinga
  • Alahan
  • Tahi telinga yang terlalu banyak
  • Objek asing dalam telinga

Namun, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan perkara yang serius seperti:

  • Penyakit Meniere
  • Ketumbuhan telinga
  • Jangkitan kulat
  • Otitis Media

Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.

Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

ear1

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.