
Anonymous
5 years
Trying to conceive (IUI Gagal)
Hi Assalamualaikum/Salam Sejahtera Doctor.
Nama saya Najwa. saya sudah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum lagi dikurniakan zuriat. saya ada pergi untuk dapatkan rawatan IUI di LPPKN & HUKM. Tetapi dua2 ujian IUI gagal…
Doctor ada beritahu yang sy dan suami dua2 tiada masalah dan respon saya terhadap ubat pula sangat bagus. jadi doctor boleh tak cadangkan rawatan atau vitamin yg bagus untuk kami yang sedang mencuba untuk hamil. Terima Kasih

5 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, punca kepada permasalahan untuk tidak boleh hamil boleh terbahagi kepada tiga, iaitu punca secara am, suami dan isteri.
Punca secara am:
- Umur yang meningkat
- Gaya hidup, stress dan merokok
- Pernah terdedah kepada radiasi
- Pernah mengalami jangkitan kuman pada saluran alat kelamin
- Trauma kepada alat kelamin
- Masalah hormon yang tidak seimbang
Punca daripada lelaki:
- Penghasilan sperma yang kurang
- Saluran organ kelamin yang tersumbat
- Masalah ereksi
Punca daripada perempuan:
- Ovulasi pra-matang
- Masalah ovari
- Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) ketumbuhan cyst pada ovari
- Endometriosis
Punca kepada permasalahan ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu supaya rawatan serta ubat yang tepat dapat diberikan kepada pesakit. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.