
Anonymous
3 years
Ubat cacing : Berapa kerapkah perlu diambil oleh seorang dewasa dalam setahun?
Assalamualaikum WBT Doktor.
Saya ada terbaca di media sosial, satu artikel mengenai pengambilan ubat cacing. Artikel tersebut menyebut bahawa seseorang perlu atau digalakkan untuk mengambil ubat cacing dua kali setahun. Benarkah kenyataan tersebut? Kalau benar, lebih baik ambik ubat cecair atau ubat dalam bentuk pil ya? Terima Kasih.

3 years
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami keraguan anda dan akan cuba membantu.
Dos ubat adalah tergantung jenis ubat. Untuk dewasa, pengambilan ubat cacing adalah tidak wajib memandangkan orang dewasa biasanya mampu untuk menjaga kebersihan diri dan makanan dengan baik. Namun sekiranya anda risau kerana mempunyai faktor risiko tertentu untuk terdedah kepada cacing perut, anda boleh berunding dengan doktor dahulu dan mengambil langkah yang dinasihati.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.