
Sulit
4 tahun
1 tahun haid tidak datang
Saya sudah dekat 1 tahun haid tidak datang . Tapi kalau Saya cek pergi mana2 klinik doktor akan cakap perkara itu normal. Knp ?? Sebab?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat maslaah lain yang boleh menyebabkan seseorang tidak datang haid buat masa yang lama. Antaranya:
- Sekiranya umur anda dalam linkungan 40 ke atas keberangkalian anda telah mencapai menopaus.
- Penyebab semula jadi seperti kehamilan dan menyusu badan
- Faktor gaya hidup seperti bersukan dan tekanan yang berlebihan
- Terlalu sedikit lemak badan atau terlalu banyak lemak badan juga boleh melambatkan atau menghentikan haid.
- Ketidakseimbangan hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.