
edreenaqistina
5 tahun
8bulan tidak haid selepas melahirkan boleh hamil?
Saya berumur 26tahun… Selepas bersalin 8bulan lalu sehingga sekrang saya belum datang bulan… Pertanyaan saya boleh hamil dalam keadaan saya tak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa sebab mengapa haid anda mungkin tidak hadir lagi seperti:
- Penyusuan - menyusu akan melambatkan kedatangan haid dan melindungi wanita dari hamil
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui jika anda boleh hamil ataupun tidak, punca tidak datang haid perlu diketahui dahulu agar dapat membuat kesimpulan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.