
Sulit
3 tahun
Ada ketulan disebelah payudara kanan
Saya wanita berumur 37 tahun sy mendapati ada ketulan sebesar bola golf di sebelah payudara kanan dan berasa sakit bila disentuh dan berdenyut ada kah itu tanda2 kanser payudara

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami memahami kebimbangan anda dan akn cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda terdapat pelbagai kondisi yang akan memberikan kesakitan pada payudara seseorang yang berada dalam golongan umur anda.
Antara kondisi yang mungkin menjadi punca:
Sista
Abses
Saluran susu tersumbat
Fibroadenosis payudara
Seseorang doktor boleh mengenal pasti masalah anda dan memberikan rawatan yang sepatutnya.
Anda tidak perlu risau dan disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengurangkan kesakitan yang dialami anda sekaligus merawat kondisi anda.
Untuk pengetahuan lebih lanjut,barah payudara dalam majoriti besar kes tidak langsung memberikan simptom sakit.
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor atas talian.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.