
Sulit
4 tahun
Ada ketulan iaitu di ketiak, area leher dan area kemaluan
Maaf saya ingin bertanya, saya selalu timbul ketulan dalam kulit yg sakit, kadang datang waktu period and kadang tak datang waktu itu pun, mohon pencerahan adakah itu tanda penyakit lain atau hormon saja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ketulan yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - jangkitan dalam rongga rambut
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.