
Sulit
5 tahun
Ada lebihan daging pada vagina kesian dari jahitan bersalin
Saya ada lebihan daging pada vagina kesan dari jahitan lepas bersalin. Lebihan daging tu melecet dan menganggu aktiviti harian saya serta saya kurang selesa utk bersama dgn suami. Doc boleh cara utk hilang kan lebihan daging selain dari cara memotong lebihan daging sebab saya x nak berasa sakit lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Parut Hipertropik
- Lebihan kulit, Skin tag
- HPV virus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.