Sulit
2 tahun
Ada sesuatu pada bahagian kanan abdomen bahagian atas
Saya wanita umur 20-an…sudah lama saya mengalami perkara ini sekitar 2 tahun…saya merasakan ada sesuatu di bahagian atas kanan abdomen bawah tulang rusuk apabila ditekan tekan…dan ianya tidak sakit…adakah saya perlu berjumpa doktor atau biar sahaja?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda dapat merasakan sesuatu di bahagian atas kanan abdomen di bawah tulang rusuk. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Hepatomegali (hati membesar)
- Cyst ovari
- Fibroid rahim
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih