Sulit

4 tahun

Adakah Gejala Ringan Covid-19 atau sebaliknya

Saya wanita berumur 35 tahun terasa sakit, bisa dan lenguh di sekitar belakang badan dan bahu. 4 hari sebelum sy mengalami gejala sakit tekak dan batuk tetapi hanya untuk tempoh masa seketika pada malam hari dan hilang keesokan harinya. Kemudian seluruh badan saya mula terasa sengal dan sakit berlarutan hingga timbul gejala sakit kepala yg menyebabkan sy hanya ingin terbaring dan tidur sahaja sepanjang hari. Suhu badan tidak panas, tiada selesema dan batuk. Sehingga ke hari ni sakit pada badan tertumpu hanya pada sekitar belakang badan dan bahu sahaja dan tidak sakit kepala lg tetapi kerap sendawa. Walaubagaimanapon, selera makan sy masih baik. Jika gejala yg sy alami adalah gejala ringan Covid-19, adakah saya masih perlu melakukan ujian atau saringan COVID-19 walaupun gejala ringan hanya perlu mengasingkan diri dirumah dan apakah tips untuk melakukannya.

Didahulukan dengan jutaan Terima Kasih Team DOC.

Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.

Umum mengetahui, wabak COVID-19 masih belum berakhir, justeru kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, menurut KKM, kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF.

Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:

  • Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
  • Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
  • Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
  • Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.

Selain itu, sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.

Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.

Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. . Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi.Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ).

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

swab%20test

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)