
Anonymous
5 tahun
Adakah haid lewat kerana hamil?
Saya melakukan hubungan seks pada 2 bulan yang lalu. Pasangan saya menggunakan teknik pull-out sebelum memancut sperma ke badan saya. Bulan lepas, saya masih terima haid. Tapi bulan ini saya sudah lewat satu minggu. Adakah ia merupakan simptom hamil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan,kelewatan haid selama 7 hari tidaklah menandakan anda mempunyai sebarang patologi atau kesakitan. Namun beberapa faktor boleh mempengaruhi kelewatan haid seseorang seperti:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.