
Sulit
4 tahun
Adakah ini petanda anemia?
mengapa setiap malam kaki saya akan kebas sampaikan setiap posisi yang saya betulkan sentiasa rasa kebas? saya juga perasan telinga saya berdesing dengan kuat selepas melakukan aktiviti fizikal dan hampir pitam. saya juga mengalami kesukaran pernafasan selepas membuat aktiviti fizikal. apa yang saya perlu lakukan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Selain itu, simptom anemia atau kekurangan darah seperti berikut:
- sakit kepala dan rasa kepala ringan
- rasa letih dan tidak bermaya
- rasa mahu pitam
- kelihatan pucat
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan surat rujukan ke pakar bagi pemeriksaan lebih lanjut akan masalah yang anda alami bagi mengenalpasti punca sebenar penyakit yang anda alami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat atau diagnosis. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.