
Sulit
5 tahun
Adakah ini simptom covid-19?
Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak dua hari lepas badan saya kadang rasa suam panas dan lemas. Rajin minum tetapi tekak cepat kering, sebelum tidak pernah begini. Sakit kepala ringan. Sejak beberapa hari lepas memang kurang tidur dan sibuk dengan kerja melibatkan laptop.

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Memandangkan anda telah mengalami gejala demam, tekak tidak selesa dan sakit kepala, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Kenali gejala COVID19
- Gejala-gejala COVID-19 adalah seperti dibawah:
demam (iaitu apabila suhu tubuh melebihi 37,5)
batuk
sesak nafas
Demam dan sakit tekak ialah gejala covid-19. Selain virus ini, gejala yang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain. antaranya:
- jangkitan virus influenza
- radang tonsil
- jangkitan kuman pada pharynx
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini